SISTEM PENGELUARAN
BAGAIMANA MENTERNAK ARNAB DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Peternakan arnab daging secara komersial hendaklah meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu:-
Unit pembiakan baka.
Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut jurusan tertentu, dalam hal ini adalah jurusan pedaging, dan kumpulan ini dipangil stok induk. Dari stok lnduk ini pula melalui program pembiakan yang di tetapkan akan menghasilkan pula stok induk tual.
Unit pengeluaran daging.
Kumpulan stok induk tuai tadi dengan melalui program pembiakan akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya.Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan adalah belainan sedikit.
BAKA
APAKAH BAKA ARNAB YANG SESUAI DITERNAK UNTUK PENGELUARAN DAGING SECARA KOMERSIAL ?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
New Zealand White.
Calfornian.
Carolina.
New Simonare.
Sepanyol.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA ARNAB BAKA IMPORT DAN BAKA TEMPATAN ?
Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti:
Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
Pusat jualan baka
DI MANAKAH BAKA-BAKA ARNAB BOLEH DIDAPATI DAN BERAPAKAH HARGANYA ?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis.Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1.
SAIZ EKONOMI
BERAPAKAH SAIZ EKONOMI PETERNAKAN ARNAB PEDAGING
Untuk hobi atau permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa)
Untuk secara sampingan pula boleh mulakan secara sederhana besar iaitu 50 induk dan 10 pejantan.
Untuk pengeluaran secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan.
Pemilihan kawasan
APAKAH CIRI-CIRI PEMILIHAN KAWASAN YANG BAIK UNTUK MENTERNAK ARNAB PEDAGING ?
Beberapa ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam pemilihan sesuatu kawasan untuk menternak arnab seperti dibawah:
Berhampiran dengan pusat jualan dan pemprosesan.
Jauh dari kawasan industri, perbandaran, perumahan dan aktiviti ternakan/ ternakan lain.
Mempunyai kemudahan infrastruktur seperti jalan, bekalan letrik, dan sumber air yang bersih.
Peredaran udara yang balk dan memuaskan.
Dataran tanah membolehkan kedudukan panjang bangsal dibina secara selari dengan arah terbit/terbenam matahari
Hala-Tuju Penternakan Arnab Pedaging
Sejak akhir-akhir ini, pertanyaan mengenai arnab pedaging semakin diminati oleh masyarakat Malaysia. Di pasaran antarabangsa pula, semenjak merebaknya virus nipah terhadap khinzir dan virus selesema burung terhadap ayam & itik , daging arnab telah menjadi alternatif terbaik. Banyak persatuan dan badan-badan kerajaan negara-negara tertentu telah mula mengambil langkah-langkah positif bagi mempertingkatkan pengeluaran arnab.
Amat malang sekali, di Malaysia ini pihak-pihak yang sepatutnya mengambil bahagian secara serius kearah usaha itu, sekadar mengambil dasar tunggu dan lihat. Di beberapa negara lain hospital-hospital mereka telah pun menggantikan menu daging ayam kepada daging arnab, perusahaan sosej & burger pun kini telah menambah variasi produk mereka dengan peghasilan produk berasaskan daging arnab.
Dari tinjauan kami terhadap permintaan daging arnab masakini, ada pengusaha yang terkebil-kebil, apabila ada pihak yang berhasrat untuk memborong 10,000 ekor arnab sebulan. Tapi hakikatnya angka itu dianggap kecil berbanding dengan permintaan sekarang. Langkah segera perlu diambil.
Sebenarnya penternakan arnab pedaging sudah bermula pada hujung era 80an, namun kehangatan komoditi itu hanya sementara, gara-gara peningkatan harga dedak pada masa itu dan ditambah lagi dengan kegagalan pelan pemasaran untuk menyedarkan rakyat malaysia tentang khasiat daging arnab serta prospektif perusahaan arnab itu sendiri.
Mungkin juga kerana ketiadaan medium perantaraan pada masa lalu, pengeluar dan pembeli tidak dipertemukan, tapi hari ini wadahnya berbeza, Internet sudah menjadi medium pengataran yang baik. Para peternak sudah boleh berbincang didalam forum atau blog, pasaran juga mudah dicari atau 'dicipta'.
Memang perusahaan arnab pedaging berada pada zaman susah sebelum ini. Arnab bukanlah komoditi penting, yang diperlukan oleh masyarakat. Kerajaan sendiri pun tidak merasa perlu untuk campur tangan dalam menentukan harga arnab. Berbeza dengan harga lembu, ayam, kambing atau komoditi penternakan lain yg termasuk kedalam komoditi utama.
Pada ketika harga daging lembu & ayam melonjak, kerajaan mengambil langkah segera dalam mengawal kenaikan harga tersebut, Begitujuga jika harganya turun, usaha pengawalan stok segera dilakukan. Tapi berbeza pada ketika harga arnab susut pada RM3~RM4 /kilo satu ketika dahulu, tiada siapa yang mempertahankan penternak arnab pada masa itu. Maka pasaranlah yg akan menentukan harga arnab. Kesan dari itu, satu demi satu penternak arnab era 90an, tersembam, tersungkur dan melingkup menggulung tikar.
Hal ini jugalah yg menyebabkan harga arnab disesebuah daerah itu tidak selari dan berbeza-beza. Sehingga jika kita ingin memulakan usaha penternakan arnab pedaging ini, kita harus melakukan survei pada harga pasaran terlebih dahulu dan melakukan perhitungan untung-ruginya.
Namun, masalah hari ini sudah berbeza, tatkala para saintis meuar-uarkan kehebatan khasiat daging arnab, bekalannya pula sudah amat sedikit. Penternak-penternak dahulu telah serik. Maka bagaimanakah usaha penternakan arnab ini dapat dihidupkan semula?. Beberapa pendekatan perlu diambil
1-Jabatan2 Kerajaan serta agensi perlu membantu para penternak dalam mendapatkan baka-baka terpilih seperti New Zealand White dan California.
2-Khabarkan pada semua bahawa penternak bahawa pengunaan baka kecil tempatan adalah tidak ekonomi untuk industri pedaging, begitu juga dalam pengunaan baka-baka jurusan "GIANT" adalah tidak sesuai kerana nisbah berat daging: tulang buleh mendatangkan kerugian pada para penternak. Tempoh pembesarnya agak lambat makan kos pemakanan akan meningkat. Jadi, arnab jenis besar juga, bukanlah satu-satunya kriteria untuk menentukan baka ideal.
Masalah penternakan arnab pedaging hari ini adalah, jumlah order yg sering kali tidak sesuai dengan kemampuan peternak. Kebanyakan P.O datang meminta daging arnab dalam jumlah yg sangat besar serta secara konsisten.
Bayangkan saja, rakan kami pernah mendapatkan permintaan daging arnab (sudah disembelih) sebanyak 5 ton!! Umumnya berat karkas arnab adalah 33% (sepertiga) dari berat hidup, ertinya jika arnab hidup memiliki berat 3kg, maka saat disembelih berat dagingnya hanya sekitar 1kg saja. Jika P.O tersebut menuntut jumlah sebanyak 5 ton daging arnab/bulan maka kita harus menyiapkan 15 ton arnab hidup, atau 5000 arnab/bulan.
Tentu ini bukan perkara yg mudah, banyak aspek yg harus difikirkan, bermula dengan tempat penyembelihan, pekerja, freezer,dll. Dan pastinya P.O seperti itu biasanya bersifat profesional, yakni jika kita tidak mampu memenuhi P.O tersebut sepertimana dalam ageement perjanjian, maka kita akan dikenakan denda. Ini sangat rumit !!, tapi itulah cabarannya, yang berjaya melepasinya akan muncul sebagai pemenang. Ganjarannya satu perniagaan yang sangat menguntungkan.....fikir-fikirkanlah.
Mini Rex - Teddy Bear - Lop Ear Available
13 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan